Thursday, February 2, 2012

Kejohanan Hoki B12 MSSD Rembau 2012



Tempat : SM Sains Rembau (SEMESRA)
Tarikh: 2 Febuari 2012 (Khamis)

SK Taman Seri Rembau telah menghantar seramai 20 orang pemain yang mana masing-masing mewakili SKTSR A dan SKTSR B pada hari tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Samsul Kamal kerana melatih kedua-dua pasukan tersebut walaupun hanya berbaki dua minggu sebelum kejohanan.

Keputusan Perlawanan SKTSR A
SKTSR A vs SKTSR B : 0 - 0
SKTSR A vs SK Kota B : 2 - 0
SKTSR A vs SK Kota A : 0 - 1
SKTSR A vs SK Pedas : 2 - 0

Keputusan Perlawanan SKTSR B
SKTSR B vs SKTSR A : 0 - 0 
SKTSR B vs SK Kota A : 0 -2
SKTSR B vs SK Pedas : 0 - 1
SKTSR B vs SK Kota B : 0 - 1

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:

Johan  : SK Kota A
Naib Johan : SKTSR A
Tempat Ketiga : SK Kota B & SK Pedas
Tempat Kelima : SKTSR B


Walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan SKTSR B, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh SKTSR B amatlah membanggakan. Manakala, 7 orang pemain dari SK Taman Seri Rembau terpilih untuk membawa nama daerah Rembau ke peringkat negeri yang bakal diadakan di Port Dickson pada 14 Febuari 2012. Semoga mereka terus berjuang dan mengharumkan nama daerah Rembau dan SK Taman Seri Rembau khususnya. 

Semoga kejayaan pasukan hoki SK Taman Seri Rembau dapat menyuntik semangat pemain-pemain yang bakal mewakili sekolah untuk permainan lain.


-adminkacak- tahniah!..kita memang terer!

No comments:

Post a Comment