Friday, February 3, 2012

Kejohanan Bola Jaring B12 MSSD Rembau 2012


Tempat : SM Dato' Abdullah (SEMENDA)
Tarikh: 2 Febuari 2012 (Khamis)

Pada hari tersebut, seramai 15 orang pemain bola jaring SK Taman Seri Rembau telah berkunjung ke lokasi perlawanan dengan semangat kesukanan yang  tinggi untuk menebus kekalahan pada tahun lepas. Berbekalkan latihan bertubi-tubi serta tunjuk ajar daripada Ketua Jurulatih,  Puan. Rozana dan Pengurus Pasukan, Puan. Jaffridah, pasukan bola jaring SKTSR diundi berada dalam Kumpulan E bersama - sama SK Pedas dan SK Chembong. Dua perlawanan yang telah berlansung berakhir dengan keputusan yang agak memberansangkan walaupun pasukan kita tewas dalam kedua - dua perlawanan. Ini adalah satu peningkatan yang telah ditunjukkan oleh pasukan SKTSR berbanding tahun lepas.

Keputusan Perlawanan SKTS
SKTSR vs SK Pedas : 1 - 9
SKTSR vs SK Chembong : 2 - 3

Pasukan Bola Jaring SKTSR gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walaubagaimanapun, semangat kesukanan dan semangat untuk berjuang hingga ke saat - saat akhir perlawanan sangat mengujakan. "Pantang menyerah sebelum kalah". Mungkin itulah kata - kata semangat yang diberikan oleh jurulatih dan pengurus pasukan kepada para pemain. Juga seperti pasukan hoki, 3 orang pemain dari pasukan bola jaring dipilih untuk ke mewakili daerah bermain di peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SKTSR! Jangan bersedih, anda tetap yang terbaik! 



-adminkacak- jgn nangih2 yo adik2.thn dopan cubo yo laie..adat permainan..ado klh ado monang..xgitu mak jah? 

No comments:

Post a Comment