Friday, March 2, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H telah diadakan pada 24 Februari 2012 dengan jayanya.
Serba sedikit mengenai Maulidur Rasul. Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 ( Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul)

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini  iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Dua hari sebelum berlangsungnya majlis, semua guru - guru dan pelajar telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk untuk di bawa berarak pada hari tersebut.
Pagi Jumaat yang sangat nyaman, angin bertiup sepoi - sepoi bahasa memberi semangat untuk semua warga SK Taman Seri Rembau berarak sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dengan penuh semangat.
Terima Kasih di ucapkan kepada pihak Polis yang telah memberikan khidmat untuk mengawal lalu lintas. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sempat keluar untuk bersama - sama berselawat.
Jam 900 pagi perarakan selesai dan program berikut nya adalah bacaan surah dan juga kuiz.
Jam 1000 pagi bermulalah ceramah yang bertajuk ' RASULLULLAH USTAZ ALAM ' yang telah disampaikan dengan sangat menarik oleh USTAZ ZULKARNAIN BIN HITAM.
Respon dari semua warga SKTSR sangatlah memberangsangkan. Tahniah dan terima kasih buat semua kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program tersebut...

Akhirnya, jom tengok gambar!
Ni yang monang yo... yang kalah ado kek bawah..

Nih la hasil usaha keras cikgu2 SKTSR
...Ustaz Zulkarnain Hitam...

Erm... Ceria sumo eh...

Uiks.. ado jugak yang pakai baju sukan maso berarak? 

Untuk tempahan marhaban sila hubungi.....




mrs-aidy : agak2 bleh masuk ustazah pilihan tak tahun nih???hehehehe