Tuesday, February 14, 2012

Kejohanan Bola Tampar B12 MSSD Rembau

Tempat : SMKA Dato' Haji Hassan Sail, Pedas
Tarikh  : 9 Februari 2012

Tepat jam 8.30 pagi, rombongan pasukan bola tampar tiba di lokasi perlawanan. SKTSR menghantar sebanyak dua pasukan. Satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Kedua-dua pasukan tersebut dilatih oleh Puan Rofiza, Puan Khidayah dan En. Ferdaooz. 


Pada hari perlawanan, pasukan lelaki berada dikelompok laluan yang agak sukar bersama-sama SK Seberang Batu Hampar, SK Undang Rembau yang mana merupakan pasukan yang digeruni selain daripada juara bertahan iaitu SK Titian Bintangor dan juga SK Astana Raja. Manakala pasukan perempuan berada dalam Kumpulan A bersama-sama SK Dato Shahbandar dan SK Tititan Bintangor. Agak mengecewakan kerana pasukan lelaki kalah di peringkat kumpulan. Walaubagaimanapun, pasukan perempuan telah mengubati kekecewaan apabila mendapat tempat ketiga dalam kejohanan itu tempoh hari. Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Bola Tampar MSSD Rembau untuk kedua-dua pasukan:
 
SKTSR (L)
SKTSR (L) vs SK Titian Bintangor : 14 - 30
SKTSR (L) vs SK Undang Rembau : 13 - 30
SKTSR (L) vs SK Astana Raja       : 25 - 30

SKTRS (P)
SKTSR (P) vs SK Titian Bintangor : 16 - 30
SKTSR (P) vs SK Dato Shahbandar : 30 - 27

Separuh Akhir
SKTSR (P) vs SK Bongek : 28 - 30

Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4
SKTSR (P) vs SK Chembong : 30 - 19


Kejohanan itu berakhir pada jam 6.30 petang dan johan bagi kedua-dua kategori digondol oleh SK Tititan Bintangor. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pemain, guru - guru, warga SKTSR dan ibu bapa yang hadir memberikan semangat kepada pasukan sekolah pada hari kejohanan tersebut. Semoga tahun hadapan kita dapat merubah sejarah bola tampar B12 Daerah Rembau. InsyaAllah. 


-adminkacak- "lopeh monang ni ghaso lapa la plak"..ghaso nk seluku yo palo budak tu..elok lak tu dio ckp dopan den ngn cikyah tomel lopeh monang ngn bdk kito..

1 comment:

  1. bab yang lopeh monang ni ghaso lapa lak tuh memang sakit hati an.... hhuhuhuhu

    ReplyDelete